Page 4


SENI MUZIK ZAMAN UMAYYAH
·         Seni muzik zaman Umayyah dapat dilihat melalui kemunculan kembali lagu-lagu dan nyanyian-nyanyian yang pernah terkenal pada zaman Jahiliyyah dahulu kala.

·         Pada masa pemerintahan Bani Umayyah, rancangan muzik mula meresap masuk ke istana khalifah. Yazid bin Muawiyah adalah orang pertama yang telah mengadakan majlis keramaian untuk menikmati lagu-lagu atau irama muzik.

·         Telah muncul beberapa orang penyanyi terkenal seperti Tuis, Ibni Suraij, Gharidz, Ibni Mahraz dan Ma’bad. Mereka semuanya berketurunan Arab. Di antara penyanyi terkenal itu,muncul pula beberapa orang penyanyi wanita seperti
Jamilah dan anak muridnya Hubabah dan Salamah Alqes iaitu hamba kepada Khalifah Yazid bin Abdul Malik.

·         Alat muzik yang wujud ketika itu adalah seperti seruling, trumpet, gendang, tambor dan alat-alat yang menggunakan tali seperti gambus.
Pemuzik-Pemuzik Di ZamanUmayyah


·         Said bin Misjah, Syureih, al’-Aridh, ibnu Muhriz, Ibnu Aisyah, Ma’bah, Thuwais, al- Dallah, Jamilah, Hait, Badrul Fud, Nauum el-Duha, Azzatul Maila, Hababah,
Salamatul Qass, Balilah dan Lazzatul Aisyi.
       
RABABAH
BUZUQ
MIZMAR