Page 3


SENI MUZIK ZAMAN KHALIFAH AL-RASYIDIN
·         Seni muzik pada zaman khulafa’ boleh dikatakan penggunaannya seakan dihalang dan diharamkan. Kebanyakkan khalifah kurang berminat dalam seni muzik

·         Pada zaman Abu Bakar (632-634) boleh dikatakan bahawa muzik adalah suatu yang malahi iaitu kesukaan atau hiburan yang diharamkan. Seniwati yang bekerja sebagai hamba dirumah bangsawan arab mungkin dapat menuruti larangan ini dan tidak melibatkan diri dalam bidang seni.

·         Pada zaman umar (643-644), keadaan dan pandangan beliau terhadap muzik sedikit berlainan daripada pandangan Abu Bakar. Umar dikatakan agak boleh menerima seni muzik. Ini kerana, menurut hadith yang diriwayatkan oleh
Aisyah bahawa umar telah banyak mendengar lagu yang didendangkan oleh seniwati pada zaman nabi. ‘Asim iaitu anak kepada umarn adalah seorang yang aktif dalam bidang muzik pada zaman khalifah al-Nu’man ibn ‘Adi yang
juga merupakan penaung atau ketua kesenian.

·         Dibawah pemerintahan khalifah uthman pula (644-656), suatu perubahan yang hebat dari segi politik dan social masyarakat arab telah berlaku. Tidak seperti khalifah umar yang sudah berpuas hati walaupun tinggal ditangga masjid di madinah, sifat khalifah uthman ternyata berbeza kerana beliau lebih suka kepada kekayaan.

·         Dengan adanya dan terbinanya istana-istana dan rumah-rumah golongan bangsawan ini, maka muzik dan ahli muzik mendapat tempat yang tinggi dan istimewa.

·         Tidak banyak perubahan yang berlaku pada zaman Ali (656-661). Ini kerana saidina Ali sendiri seorang seniman dan beliulah orang pertama yang munubuhkan dan pusat penjagaan yang sebenar kepada kehalusan seni dan surat-surat dengan membenarkan pengajian dalam bidang sains, puisi dan muzik.

·         Bermula daripada saat itu, masa depan muzik terjamin dan selepas pemerintahan zaman khalifah al-Rasyidin,tampuk pemerintahan dikuasai oleh dinasti Umayyah.
Pada zaman ini kesenian dikukuhkan lagi secara praktikal di mahkamah.

·         Penutupan atau berakhirnya zaman khalifah disaksikan dengan pelbagai pengenalan kepada pelbagai jenis muzik yang dikenali sebagai ghina al-mutqan.
Ianya adalah merupakan penampilan istimewa yang menitik beratkan kepada
iqa’ atau rentak melodi lagu yang bergantung kepada panjang rangkap sesuatu lagu.