Page 1


SENI MUZIK SEBELUM ISLAM
·         Diceritakan daripada al-Isfahani bahawa raja tubba’ yang terakhir iaitu ‘Als ibn Zaid merupakan orang pertama yang menyanyi di Yaman. Lagu-lagu sebelum islam di yaman muncul pada abad ke 19 iaitu ketika zaman al-Mas’udi yang banyak terpengaruh dengan petikan-petikan puisi ibn Khurdadhbih.

·         Rakyat Yaman pada ketika itu diperkenalkan dengan dua jenis muzik iaitu Himyari dan Hanafi. Muzik Himyari merupakan muzik yang berbentuk klasik. Antara alat-alat muzik yang digunakan adalah kebanyakkannya berasal dari arab selatan. Antaranya ialah seperti mi’zaf dan kus (dram kawah).

·         Hijaz, terdapat bacaan dan nyanyian daripada mu’allaqat yang terkenal. Pada zaman Banu‘Amaliq, seniwati-seniwati legenda telah dipanggil semula bagi memeriahkan lagi bidang kesenian pada ketika itu.

·         Ahli muzik dari al-Hijaz didapati berkebolehan dalam pelbagai bidang. Antara alat-alat muzik yang digunakan adalah seperti mizhar, mi’zafa (alat muzik bertali), qussaba (seruling), mizmar dan duff (rebana).

·         Ahli muzik dari al-Hijaz didapati berkebolehan dalam pelbagai bidang. Antara alat-alat muzik yang digunakan adalah seperti mizhar, mi’zafa (alat muzik bertali), qussaba (seruling), mizmar dan duff (rebana).

·         Al-Hira merupakan salah satu lagi pusat kebudayaan yang terpenting. Walaupun dalam kejatuhan Bandar Babylon, Mesopotamia masih lagi aktif dalam bidang kesenian. Ini kerana diantara seniman-senimannya seperti
Chaldaeans, Aramaeans dan Jews yang masih
lagi aktif dengan kebudayaan bangsa arab

·         budaya Ghassanid merupakan budaya yang paling terkenal dikalangan raja-raja
arab dizaman jahiliyyah. Al-Nabigha dan Hassan ibn Thabit telah memberikan sumbangan dalam kesenian di mahkamah Ghassanid yang mana mereka berdua
bukan sahaja ahli muzik dari arab tetapi karya mereka diminati dan dinyanyi oleh
seniwati-seniwati al-Hira dan Byzantium.