Page 8


SENI MUZIK ISLAM ZAMAN MUGHAL
·         Muzik di India terbahagi kepada dua iaitu tradisi muzik Hindustan di utara dan tradisi muzik Karnatak di selatan.

·          Beliau melantik ramai ahli muzik yang terkenal seperti Tan Sen, Nayak Baiju, Ram Das Raj Bahadur (raja dari Malwa) dan Tantarang Khan.

·         Tan Sen merupakan seorang ahli muzik istana pada masa pemerintahan Akbar- mencipta tabla dan sitar.
TABLA
SITAR
· 





        Tan Sen banyak mencipta rentak Raga yang baru seperti Miyan kee Todi, Miyan kee Malhar, Miyan kee Sarang, Darbari, Lankdhan, Sarang dan Dhulia-malhar.

·         Terdapat ramai lagi ahli muzik istana seperti Raja Man Tanwar dari Gwalior.

·         Beliau juga menghasilkan empat buah buku berkaitan dengan muzik seperti Sarvado UdayChandrovidaya, RagaN Mala, Raga Mangareedan Nartan ataupunNidayan.

·          Selepas kemangkatan Sultan Akbar pada tahun 1605, pemerintahan kerajaan Mughal di ambil alih oleh anaknya, Jahangir. Beliau tidak begitu gemar dengan muzik tidak seperti bapanya.

·          Terdapat juga ahli muzik yang terkenal pada masa pemerintahan Jahangir seperti Jahangeerdad Chhatar Khan, Purvezad dan Khurram-dad Makhu, Haurzard Belaokhan.

·          Terdapat dua buah buku yang menceritakan tentang muzik ialah Rag Bibodh yang ditulis oleh Pt.Somnath dari Rajmundri pada tahun 1609 dan Sangeet Darpan yang dikarang oleh Pt. Damodar Mishra pada tahun 1625.

·         Rag Bibodh menceritakan tentang jenis-jenis rentak Veena dan cara dimainkan manakala Sangeet Darpan menceritakan tentang sistem muzik orang India.

·          Pada abad ke-17, pemerintahan kerajaan Mughal di ambil alih oleh anak Jahangir iaitu Shah Jahan.

·         Ahli muzik yang terkenal pada masa pemerintahan beliau ialah Mahapatten,
Jagannath ( telah menerima gelaran sebagai Kaviraj), Lal Khan dan Dairang
Khan (dikenali sebagai Gunsamudsa).

·         Buku mengenai sistem muzik di India telah diterbitkan pada masa pemerintahan Shah Jahan Sangget Parijat yang dikarang oleh Pt. Ahobal. Kemudian, Sangeet Panjat, Sri Haridaya Narain Deva menulis dua buah buku mengenai seni muzik.

·         Buku tersebut berjudul Haridaya Kautuk dan Haridaya Prakash. Sri Haridaya Narain memperkenalkan shuddha dan Vikrit swaras yang mempunyai perbezaan pada panjang nada dari alat muzik yang bertali.

·         Pada pertengahan abad ke-17, kegemilangan seni muzik India semakin
merosot. Pemerintah Aurangzeb dan Mohammad begitu benci dengan persenbahan muzik dan menghalau semua ahli muzik dari istana serta memberhentikan pertunjukan pentas.

·          Walaubagaimana pun terdapat beberapa buah buku mengenai sejarah muzik dan teori muzik telah ditulis pada masa ini.

·         Salah sebuah buku yang terkenal ialah Rag-darpan (The Mirror of Music) yang
dikarang oleh Fakirullah (Saif Khan). Buku tersebut adalah terjemahan
kepada Man-Kauthal yang dikarang oleh Raja Man Singh dari Gwalior.

·         Dalam muzik India. Thata merupakan hasil yang dibunyikan dari 12 nada
daripada Octava. Thata adalah gabungan mana-mana dari tujuh nada Octava

·         Terdapat empat alat muzik India yang dimainkan iaitu Tata Jati (alat muzik bertali),Vitata Jati (alat muzik bertali), Sushir Jati(alat tiupan) dan Ghana Jati (alat muzik gendering.

·         Alat muzik purba India ialah drum dan gong.Alat muzik tersebut di kenali sebagai genderang ,mridanga n di Selatan India yang dikatakan tidak berapa berkembang. Mridangan boleh menghasilkan pelbagai jenis bunyi.

·         Di sebelah utara, tabla dan dua buah drum diambil daripada tabla Arab yang
merupakan alat muzik yang terpenting kepada muzik India hari ini. Alat muzik
bertali seperti biola, petikan gitar sejenis pancang( sebatang kayu atau
tembaga yang digunakan untuk tunjuk pada hujung yang ditolak ke dalam.



SERULING


 

SERANGGI                                        

DRUM