Page 5


SENI MUZIK ZAMAN KERAJAAN ABBASIYYAH

·         Kehebatan dan kemajuan seni muzik ini dapat dilihat melalui lukisan-lukisan yang terdapat dalam kitab Alpum Al-Lail atau Hikayat Seribu Satu Malam, yang dihiasi dengan gambar-gambar sekumpulan ahli muzik yang sedang membuat persembahan mereka di hadapan khalifah

·         kerana kerajaan Abbasiyyah menjadikan syarat kepada semua rakyatnya supaya mahir dalam bidang muzik dan menyanyi sebagai salah satu syarat untuk mendapatkan pekerjaan. Hanya mereka yang cekap bermain alat-alat muzik dapat diterima menjadi pelayan, dayang-dayang dan inang pengasuh di istana atau di rumah-rumah pembesar dan hartawan, oleh sebab itu semua pemuda dan gadis menjadi kewajipan untuk mereka belajar dan mendalami bidang muzik.

·         Di antara khalifah Bani Abbas, Harun al-Rahsyid adalah khalifah yang paling sukakan lagu-lagu dan muzik.

·         Ramai penyanyi terkenal pada zaman Harun al-Rahsyid, seperti Mansur Zalzal,
Ismail Abu Kasim, Miskin al-Madani Tokoh-Tokoh Muzik Zaman kerajaaan Abbasiyyah.

·         Oleh sebab penekanan yang diberikan oleh pemerintah kepada rakyatnya untuk mahir dalam bidang nyanyian dan muzik, telah melahirkan ramai biduan-biduan yang terkenal seperti Ma’bad, ibnu Muhriz, Ibnu Misjah, Ibnu Suraji dan sebagainya. Selain daripada itu terdapat juga biduanita-biduanita yang terkenal seperti Basbas, iaitu penyanyi di istana Khalifah al-Mahdi, Zatul-Khal dan Bazel di istana Khalifah al-Rahshid, manakala Fitna di istana Jaafar al-Barmaki, Dananir di istana Yahya al- Barmaki, dan Neam di istana Khalifah al-Maknun. Manakala al-Kindi dan al-Farabi banyak juga menulis tentang teori-teori muzik.

·         Pada masa tersebut telah melahirkan senaman al-Syatibi, yang merupakan seorang pemain biola yang terkemuka dan selalu memainkan biolanya hingga para gadis tidak dapat tidur kerana kelunakan gesekan biola al-Syatibi.

·         Al-Farabi juga merupakan seorang tokoh muzik yang terkemuka pada zaman Abbasiyyah.

BIOLA
·         Satu keistimewaan yang tidak biasa dimiliki oleh ulama’-ulama’ lainnya ada pada al-Farabi ialah dia pakar dalam ilmu muzik. Dia bukan sahaja pandai dalam teori
tapi juga pandai menyanyi dan memainkan alat-alat muzik . Dia telah mengarang 5 buah kitab tentang muzik.