Page 9


SENI MUZIK ISLAM DI ALAM MELAYU
·         Sebelum kedatangan Islam, muzik di Alam Melayu berunsurkan Hindu dan Buddha.

·         Islam juga memperkenalkan bentuk-bentuk nyanyian yang mengagungkan Allah, Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat.

·         Sekarang ini persembahan ini dikenali sebagai hadrah, rodat, dabus dan dikir rebana. Kesemuanya dipersembahkan secara berkumpulan yang diiringi
dengan rebana dan gong


Rodat

·         Rodat merupakan sejenis muzik yang berasal dari tanah Arab. Perkataan rodat
dipercayai berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud ulang-ulik, bersahut-sahutan kembali atau yang menunjukkan berbalas-balas.

·          Rodat juga dipercayai lahir bersama-
sama nazam, maulud, berzanji, zapin,
hasiddah, nasyid dan berhadrah      




Hadrah

·         Hadrah berasal dari negara Timur Tengah.

·          Hadrah merupakan paluan gendang bersertakan nyanyian yang memuji kemuliaan Tuhan, nasihat kepada saudara seagama, pujian untuk pengantin dan sebagainya.

  

 
Ghazal
·         Muzik ghazal juga berasal dari Tanah Arab yang dikatakan berkembang pesat di sekitar abad ke-8. Perkataan ghazal dipinjam daripada perkataan Arab yang bermaksud puisi kasih.

·         Dari tanah Arab, ghazal berkembang ke Parsi, Turki, India dan tempat-tempat lain
termasuklah Malaysia.

·         Ghazal menjadi Dendang Istana dan merupakan persembahan utama dalam majlis-majlis keramaian diraja atau di pesta-pesta negara.


Dabus
·         Muzik dabus hampir sama dengan hadrah dan rodat. Kumpulan muzik dabus berzikir memuji Tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w dan juga mengiringi tarian biasa.

·         Dabus berasal dari perkataan Bugis yang bermaksud batang besi yang tajam yang
dipegang oleh penari semasa menari. Jumlah ahli kumpulan muzik dabus terdiri di antara 15-18 orang yang dibahagikan kepada lapan orang penari dan 8-10 ahli muzik. Alat-alat muzik yang digunakan dalam muzik dabus ialah rebana dan sebiji gong.

·         Bilangan rebana berbeza dari kumpulan ke kumpulan. Sebilangan kumpulan pula menambah alat serunai untuk mengiringi nyanyian syair pada permulaan persembahan.

·         Lagu-lagu dabus dinyanyikan dalam tiga bahasa iaitu Melayu,Acheh dan Arab.
Lagu-lagu Arab yang dipetik dari Kitab Berzanji ialah Finhubsa bisherin dan        Ya’Kulu In’. Seni kata lagu ini tentang kisah sedih yang berkaitan dengan
keperwiraan mengikut rentak gendang.Melodi lagu-lagu sedih adalah perlahan
daripada yang berkaitan dengan keberanian.


Nobat
·         Muzik nobat juga berasal dari istanakerajaan negara-negara Islam di Timur Tengah.

·         Muzik nobat dipercayai wujud semenjak pemerintahan raja Pasai iaitu Sultan
Malik Ul-Salih atau dikenali juga sebagai Merah Silu. Muzik nobat dari Pasai ini kemudiannya dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu dan memainkan peranan
penting dalam istiadat di istana kerajaan Islam Melaka.

·          berfungsi untuk mengiringi istiadat diraja dan sebagai alat yang dibunyikan untuk menandakan waktu solat.

·          Terdapat enam alat muzik yang dimainkan untuk membentuk muzik
nobat iaitu sebatang serunai, sebatang nafiri, gendang bulat (anak dan ibu),
nahara dan gong.

Serunai
·         serunai dikatakan berasal dari Timur Tengah(Palestin) dalam kurun ke-2 Masihi dan dari sana tersebar ke sebelah timur.

·         Serunai dikenali dengan pelbagai nama,sunray di Parsi, zurna di Turki, mizmardi negeri Arab,gai ta di Algeria dan Morocco, zuqra di Tripolis dan Tunisia dan syrnayadi Syria.

·         Alat muzik yang serupa dengan serunai Melayu dikenali sebagaisenayi dalam bahasa Sanskrit dan ada kaitan dengannagas huaram di India Selatan.Di kepulauan Indonesia, serunai dikenali dengan beberapa nama sepertisruni di
Jawa, Bali dan Lombok,serunen di Jawa Timur dan Madura,srune di Aceh dan
serunai di Malaysia dan Sumatera.

·         Serunai yang berbentukconical mempunyai tujuh lubang di atas dan satu di bawah. Pemainnya mengulum pipit dan meniup serunai berterusan tanpa berhenti untuk menarik nafas.
SERULING

Rebab

·         Alat muzik rebab dipercayai berasal dari daerah Kuristan ,Iran Utara yang terdapat di seluruh Asia Tenggara. Rebab dikatakan wujud sebelum zaman Nabi Muhammad s.a.w dan dimainkan oleh Raja Sulaiman dan dilengkapkan lagi oleh Abdullah Faryabi .

·         Rebab bertali dua didapati di Indonesia dan dikenali sebagai tro khmer (tro u) di
Kampuchea. Alat yang sama dengan rebab di Thai ialah so sam sai yang bertali tiga dan dua variasinya ialah so u so duang dan yang tali penggeseknya melalui di antara tali alat ini.

REBAB 

Gendang


·         Gendang yang berbentuk bujur, berbentuk tong, geduk, gedombak dan rebana.

·         Gendang bujur menyerupai gendang Sridanga dan gendang Mesir dikenali sebagai gendang di Indonesia dan Malaysia, klong khaek di negara Thai dan sam phu di Kampuchea.

·         Gendang yang berbentuk tong dikatakan berasal dari Duhul, Parsi yang dikenali sebagai klong that di negara Thai dan skor thomdi Kampuchea. 

GENDANG   

Gedombak


·         Gedombak pula didapati di negara Thai yang dikenali sebagairammana dan di Kampuchea sebagai titik skor.

·         Gedombak di Alam Melayu diperbuat daripada kayu sementara di Timur Tengah gedombak diperbuat daripada selut atau logam.
GEDOMBAK